Followers Tersayang

Kek Batik Biskut Marie

Assalamualaikum.
Hii.
Dalam banyak-banyak kek,kek batik lah yang paling senang nak buat,budak-budak pun pandai buat. First time buat dan rasa kek batik ni ,walaupun simple tapi sedap.. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek batik yang saya ambil dari Mat Gebu.Jom tengok resepi...

Bahan-bahan:
  • 250 gm biskut marie,dipatah 4 (Mat guna jenama Munchies)
  • 125 gm mentega
  • 2 biji telur gred A,dipukul sedikit
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan milo 
  • 1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 camca teh esen vanilla

Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega,dalam satu bekas,kacau dengan whisk hingga semua sebati,tuang dalam kuali,masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat.Masukkan biskut marie,gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut bersalut dengan bancuhan.Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling,tekan adunan tadi padat-padat,bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas.Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau sehingga boleh dipotong.Hidangkan.
Selamat mencuba..
Till then.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

4 comments:

Normi Nieza said...

sdap tu/..:)

NinaAz said...

Yeah. Kek batik senang dan sodapppp

syamz said...

nk suruh mak buat lah macam ni..lapor cokelat lak

Cik JariManis said...

blog dila mmg the best!..ada je resipinya, tutorialnya...humm..meleleh liur tgok gambar kek batik ni...kecik2 dulu mak pon slalu buat..tpi, blom masuk peti sejuk dah habis kitorang adik beradik makan..hahaha! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain