Followers Tersayang

Kuih Wajik

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ni saya nak share satu resepi kuih tradisional orang dulu-dulu iaitu kuih wajik,mesti semua tahu kan.kuih ni tak guna banyak bahan.saya ambil resepi ni dari Resepi Citarasawan.
Bahan-bahan:
  • 500 gm beras pulut (rendam 2 jam)
  • 300 gm gula merah @ gula melaka 
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 500 ml santan pekat
  • 1/2 sudu kecil bunga cengkih (saya tak letak)
  • 1/4 sudu teh garam

Cara-cara:
  1. Kukus beras pulut selama 45 minit.angkat dan ketepikan.
  2. Masak santan,garam,bunga dan bunga cengkih hingga santan mendidih.masukkan gula merah dan gula pasir.gaul rata hingga gula larut.kemudian tapis untuk membuang kotoran gula merah.
  3. Masukkan ke dalam periuk bersama beras pulut yang di kukus.kacau di atas api hingga pulut bergumpal dan tidak melekat di tepi periuk.
  4. Angkat dan ratakan di dalam bekas/loyang yang di alaskan daun pisang.sejukkan dahulu sebelum di potong.
**** jika menggunakan gula melaka tidak perlu di tapis.warna kuih agak cerah sedikit dari gula merah.
selamat mencuba :)
Terima kasih sudi baca :)
Bye..
Assalamualaikum.

8 comments:

NinaAz said...

Wajik ni keras2 sikit kan.. tapi sodappp

DILA ELLA said...

A'a keras sikit,kalau yang lembut pula ssh nak potong..mestilah sedap kuih dulu2 :)

Anonymous said...

syieda suka makan wajik ni. kalau mak buat. mesti request nak yg lembik sikit. hehehe

DILA ELLA said...

kalau wajik lembut senang makan kan hehe..Tq sudi follow :)

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

huhu... teringat arwah emak. Kalo buat wajik memang lembut. sedapnya....

DILA ELLA said...

masakan mak mmg x tandingan kan :).tq sudi follow :)

Lovely Lieyza said...

waaahh...kalau kat srwak..kuih nie di panggil NASI MANIS.... heheh.. rindu nya nk balik umah.. nk kuih air tngn mummy..

hana hadi said...

ni ka wajik. selama ni hana makan. panggil pulut ja. xtau plak ada nama saintifik.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain