Assalamualaikum.
Hii.
Apa khabar semua sahabatku..moga sentiasa sihat walafiat.Alhamdulilah follower dah mencapai 501 orang,terima kasih kerana sudi jadi sahabat blog naif saya..terima kasih yang tak terhingga..^_^
Kali ni saya nak share resepi bun coklat.Bun ni memang lembut dan enak walaupun tanpa inti.Saya cedok resepi ni dari Mat Gebu dan resepi asal dari kak Liza.Saya buat separuh adunan dan ikut tips MG..jom tengok resepi :)
RESEPI : BUN COKLAT KAK LIZA
SUMBER: MAT GEBU
Bahan-bahan:
500 g tepung berprotein tinggi
30 g tepung susu
20 g serbuk koko
100 g gula halus
11 g dry instant yeast
1 camca teh bread softerner (optional)
1 biji telur, dikacau dengan garfu
1/2 camca teh garam
250 ml air
80 g mentega
100 g Milk coklat untuk hiasan (tiada dalam resipi asal)- x letak
Cara-cara:
500 g tepung berprotein tinggi
30 g tepung susu
20 g serbuk koko
100 g gula halus
11 g dry instant yeast
1 camca teh bread softerner (optional)
1 biji telur, dikacau dengan garfu
1/2 camca teh garam
250 ml air
80 g mentega
100 g Milk coklat untuk hiasan (tiada dalam resipi asal)- x letak
Cara-cara:
UNTUK DOH
*Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali mentega, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli hingga mentega sebati dan doh menjadi kenyal, licin dan anjal. Masa menguli kurang lebih 25 - 30 minit.
KAEDAH LAIN
*Satukan semua bahan-bahan dalam bread maker, pilih setting for dough, tekan dan tunggu hingga siap.
UNTUK BUN COKLAT
*Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli 5 minit dan bagi2kan doh pada saiz yang diingini, timbang untuk mendapatkan saiz yang sama besar. Bulat2kan dan susun atas loyang yang telah digris dengan mentega. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit (mat bakar pada suhu 180C selama 20 minit). Bila roti masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaannya dengan mentega. Alih roti atas jaringan dan biarkan sejuk.
*Cairkan milk chocolate secara double-boiler hingga cair, masukkan dalam piping bag dan buat zig-zag atas permukaan bun coklat tadi.(*yang ni saya tak buat )
CATATAN MAT GEBU Mat buat separuh adunan, dan untuk telur tu, lepas dipukul dengan garfu, mat ambil sebahagian atau pun kurang lebih 30g. Manakala bun coklat tu, berat setiap biji doh lebih kurang 41 g semasa dibentuk. Dapat 12 biji....
10 comments:
Sedapnye roti :)
jadi lapar pulak tengok bun tu,nyam~nyam~
menjadi betul ye bun nie
gebu hehe
nampak sedap bun tu.. teksturnya setelah dimasak gebu je..
nampak gebu dan sedap
boleh raasa sket? heheh
Nampak sedap... tapi susah saya nak buat nampaknya.
uiiii sedap ni..
Thanks Shakira :)
Mirza try lah buat nanti :)
Thanks Ezyra daniel :)
Gebu kak Mizz Aiza,alhamdulilah menjadi bun ni ^_^.
Sop>Silakan lah ambil hehe..:)
Abe Din>Tak susah juga sebab bahan pun sikit :)
Mia Liana >Sedap.. :)
berseni sungguh. pandai menjahit. pandai berpastri. waaaa
nina pun apa kurangnya,cun buat kek :)
Post a Comment