Followers Tersayang

Kari Ayam Fucuk

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsikan resepi kari ayam,pasti semua pun tahu masak kari ayam ni kan..resepi ni sama saja dengan kari ayam yang biasa,tapi yang ni saya tambah fucuk..saya dapat resepi ni dari kenduri sepupu hari tu..okey jom semak resepi :)

RESEPI : KARI AYAM FUCUK
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam di potong
sebiji kelapa-ambil santan
4 sudu serbuk kari *
2 sudu serbuk cili* (* bancuh dengan sedikit air)
Rempah 3 sekawan (kayu manis, pelaga bunga lawang)
3 biji kentang -dipotong dadu
1 keping asam keping
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
seinci halia* (* di tumbuk)
sedikit daun kari
fucuk-di rendam
bahan perasa
minyak.
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. tumis sehingga naik bau,masukkan rempah 3 sekawan dan daun kari.masukkan serbuk kari dan serbuk cili tadi,tumis sehingga pecah minyak.selepas itu masukkan ayam,asam keping,kacau dan biarkan sebentar.tuangkan santan dan masukkan kentang.tunggu sehingga mendidih kemudian tambahkan bahan perasa dan fucuk..siap untuk di hidangkan.
Selamat mencuba..Assalamualaikum ^_^.


19 comments:

norhasnizakhalid said...

wah! bole try malam ni.. menyelerakan..

DILA ELLA said...

@Norhasniza Khalid selamat mencuba :)

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..biasanya masak kari ni campur tomato,,atau kentang..kacang bendi..tapi ni fucuk..ermm best ni boleh cuba insyaAllah..terima kasih share ilmu resepi :)

Mizz Aiza said...

sedap kari ayam.. tapi first time akak dengar boleh tambah fucuk ni.. nampak sedap tu dila..

Unknown said...

Sedapnyer.....boleh kirimkan sikit kat CK nanti ;)

Unknown said...

1st time dgr kari ni..
CA nk cube gak la..
mst best..

Mirza Rohizat said...

nyam~nyam~
sedap,yea!nak cuba lah yang ni=)

.::: Princess MOMOY :::. said...

mintak banyak boleh? hehe. sedap tuh

Bunda_nora said...

assalam,salam ukhuwah dari bunda....

ada kelainan sikit, boleh cuba nanti nih..

DILA ELLA said...

@PeRdU cINta sama-sama.selamat mencuba :)

DILA ELLA said...

@Mizz Aiza nanti boleh lah cuba resepi ni kak :)

DILA ELLA said...

@Cikgu Kacamata hehe..:)

DILA ELLA said...

@Chekgu Anitt selamat mencuba :)

DILA ELLA said...

@.::: Princess MOMOY :::. ambil ja kat atas tu hehe :)

DILA ELLA said...

@mirza syazwina nyam-nyam,selamat mencuba mirza :)

DILA ELLA said...

@BUNDA a.k.a KN walaikumsalam bunda,nanti bolehlah cuba untuk hidangan seisi keluarga :)

Akupenghibur.com said...

aduhh , ini fav acik nie :)

zeera lily said...

hye dila..sdp nya.. nk try..

Aida Ismail said...

Ohhhhh. Ingat apa la fucuk ni. Serious tak pernah dengar. Tauhu kering rupanya. Hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain