Followers Tersayang

Jus Limau Kasturi..

Assalamualaikum.
Hii.
Musim jerebu sekarang ni pasti banyak yang sakit tekak,batuk-batuk dan selesema kan.Meh cuba petua orang dulu-dulu..di katakan limau kasturi mampu mengurangkan sakit tekak dengan cara meminum air perahan limau yang dicampurkan dengan madu asli.Saya pernah cuba dan memang ada kurang sedikit sakit tekak tu.Apa kata kita buat jus limau kasturi pula..siapa yang tekaknya kering pasti segar lepas minum jus ni..
JUS LIMAU KASTURI
Bahan-bahan:
3 biji limau kasturi
2 sudu gula
secubit garam
Setengah gelas air panas
Asam boi
Ais batu secukupnya
Cara-cara:
Masukkan asam boi,gula dan garam ke dalam gelas kemudian tuangkan air panas,kacau hingga gula larut.Perahkan jus limau dan masukkan ais batu..siap untuk di minum..
Selamat mencuba.Assalamualaikum.
p/s:jaga kesihatan masa musim jerebu ni,kurangkan aktiviti luar..kalau perlu juga pakai penutup mulut..

2 comments:

Mizz Aiza said...

akak suka minum air ni dila.. terliur tengok.. jap lagi nak buat la 1.. hehe..

Mirza Rohizat said...

kalau minum masa tengah hari panas tu rasa puas je,sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain