Followers Tersayang

Marble strawberry chiffon cake

Assalamualaikum.
Kali ini saya nak kongsikan resepi kek chiffon strawberi.Kek chiffon ni berbeza dengan kek span..kalau saya,saya lebih suka kek chiffon sebab kalau makan banyak pun tak muak.Sebelum ni saya dah pernah buat kek chiffon pandan,coklat dan hokkaido,kalau nak tengok boleh lah cari kat label resepi ya..Resepi ni saya ambil dari SINI.Kek yang beliau buat memang cantik berbanding kek saya -_-'..ada kesilapan masa saya buat kek ni,saya terlebih 'marble' akibatnya kek ada rasa pahit..Okeylah jom kita semak resepi.
RESEPI : MARBLE STRAWBERRY CHIFFON CAKE
Bahan-bahan: (A)
4 biji kuning telur 
115 ml susu segar
85 ml corn oil
1/4 sk garam
90 gm gula kaster
150 gm tepung superfine
1 sk baking powder
1 sk strawberry emulco
1/2 sk pewarna merah jambu
B
4 biji putih telur
90 gm gula kaster
1/8 sk cream of tartar
C (satukan)
2 sb serbuk koko
1 sb gula aising
2 sb air panas (tambah jika kurang)


 Cara-cara :
1. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci. Griskan guna sedikit butter dan taburkan tepung pada seluruh permukaannya. Ketuk keluar lebihan tepung dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk pengadun. Gaul rata hingga sebati. (guna hand whisk)
3.Kemudian pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.
4. Kaup balikkan adunan B ke dalam adunan A sehingga sebati.
5. Tuang 1/2 adunan kek dalam loyang yang disediakan. Kemudian, tuang sedikit adunan C perlahan-lahan di atasnya.Swirlkan guna lidi atau chopstik untuk membuat pattern marble. Tuang pula bai adunan tadi dan letakkan lagi adunan C diatasnya, swirlkan lagi.
6. Bakar pada suhu 175C selama 40 minit. Terbalikkan adunan apabila kek sudah masak dan biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.
Selamat mencuba ^_^

21 comments:

Mizz Aiza said...

sedapnya kek.. rajin dila memasak..

Story Nadya said...

woa nice nice. boleh cuba nie :)

Cik Nor said...

sdapnya..:)

Farah Waheda Wahid said...

wah menarik dan macam nak cuba juga lah...

yayaaa ismail said...

meh pos sikit kek tuu kat yaya . hehe :D yaya amek eaa resipi kek ni . nak try buat dgn mak :D

Anonymous said...

Sedapppp :D

shu said...

xda mixer..nnt nk blila..

shu said...

xda mixer..nnt nk blila..

Unknown said...

wahhh..mcm sedap..bolela mun cuba nnti..

Unknown said...

mmg terbaek dr ladang nie..
tgk laer pn dh cm sodap.
oder satu :p

Sura Mohd said...

bila tengok kek tu..teringin nak buat...:)

norhasnizakhalid said...

alahai.. sedapnya.. mama ni hantu kek ni..

Fiza Aizzawa said...

wow..mmg jd la..npk mmg lembut..

Mirza Rohizat said...

lawanya kek tu :)

NurulAfiqah said...

jom join GA ni.. http://afiqah220511.blogspot.com/2013/08/1st-giveaway-by-narbana.html

sha (chirp chirp) said...

uhui, yg belom potong tu nmpk sdp gilaa. huhuhu

Akupenghibur.com said...

alamak cantiknye , dan mesti sedap ..nyum nyum :) pandai buat kek

boni kacak said...

pergh.. nampak menarik tu. mohon pos sikit ke rumah saya. hehehe

lynndamya said...

Salam kenal, thanx sudi singgah blog sy, wahhh nice ! mmg suka buat kek ya? rajin betul hehe...comel lah kucing u kat tepi tu (n_n) cute ! hehe

Permata Malap said...

rajinnya dila masak..nampak sedap lagi tu..

Nisa' said...

Teringin juga buat kek sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain