Followers Tersayang

Durian Crepe / Durian Pancake

Assalamualaikum.
Lamanya tak update blog, hmm tak ada idea nak tulis apa..maaf eh kawan-kawan blogger semua. Dah lama nak buat durian crepe ni, selalu terhidu bau durian dari jiran sebelah rumah yang bisnes kek dan durian crepe.. Nak juga cuba buat sendiri, tapi bila nak buat selalu kehabisan durian faham-faham saja lah semua kat rumah ni suka makan durian..hehe, akhirnya dapat juga buat hari ni alhamdulilah. First time tau buat durian crepe ni, saya ikut resepi kak Azlita senang sikit dari resepi durian crepe yang lain..okey jom semak resepi..

RESEPI : DURIAN CREPE

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas, kacau rata
  2. Masukkan dalam blender dan kisar, kemudian tapis.
  3. Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat. Panaskan hingga kuali benar-benar panas. Oleskan sedikit minyak pada kuali, kemudian kecilkan api.
  4. Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. Adunan tak perlu di balikkan. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat, buat sehingga habis. Biarkan sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Cara-cara :
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.
Bentangkan 1 keping crepe, letakkan Whipping Cream di tengahnya. Letakkan isi durian. Tutupkan semula dengan Whipping Cream. Lipatlah crepe, kemudian simpan dalam peti ais sebentar. Enak di hidangkan dingin.

Selamat mencuba ^_^.

17 comments:

Nur Kamsinah said...

sedapnya...tanx bagi resepi.

mirza syazwina said...

comel pulak tengok durian crepe ni..hehee

NinaAz said...

waaa..sedapnya. buat sendiri lagi puas hatikan. bleh mkn byk2

Norhasniza Khalid said...

mama suka sangat durian crepe ni.. giler suka!

Umi Nazrah said...

salam singgah. saya tak sanggup nak makan durian crepe. rasa macam mengkhianati buah durian. hahahhahaa. pelik kan perasaan. tak tau lah pasaipa T__T

Weena said...

Bestnya pandai buat durian crepe sendiri... :)

PeRdU cINta said...

Menarik..bila warnanya di tukar kepada hijau selain kuning..tetap ada daya tarikan tersendiri..

Abak Lorong Cinta said...

tringat dkat kmpung sbb sllau makan kat kampung..

Abak Lorong Cinta said...

In Shaa Allah.. terbaik la..

Sally Samsaiman said...

kalau nmpk warna kuning lagi excited nak makan..hehehe :D

Linda said...

Hi tuan blog yg comel, saya follow sini ;)

Saljiah Zafirah said...

warne hijau..mesti sedap..hehe
jemput singgah blog sy =)

cik lisa said...

nak cuba nanti, hehehe

Gee Lion said...

Tak pernah makan pon. Dan tak berkesempatan nak buat.. =3

salam perkenalan ^^

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. nampak sedap tu..

Affy Afiqah said...

haaaa..ika memang mencari2 resepi durian crepe ni...tq dila :))

Ayu Zan said...

haah la dila..resepi ni mudah.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain