Followers Tersayang

Orange Yogurt Cake

Assalamualaikum.
Dah lama tak membaking, rasa rindu pula hehe. Petang tadi saya buat kek oren yogurt, saja nak habiskan buah oren yang tinggal sebiji dalam peti sejuk tu. Kek ni agak moist dan manis, kalau tak nak manis boleh kurangkan sukatan gula. Senang saja nak buat sebab tak perlu pakai mixer elektrik pun. Okey jom semak resepi..
RESEPI : ORANGE YOGURT CAKE
Bahan-bahan :
1 1/2 cwn tepung serbaguna * guna tpg gandum
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon garam
1 cwn plain yogurt
1 cwn gula *  kurangkan sikit
3 biji telur A * saya guna 3 1/2  biji M size
2 teaspoons parutan lemon *saya guna orange
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cwn minyak sayur *saya ganti mentega cair
1 sudu besar orange sunquick *saya tambah

1/3 cwn jus lemon diperah * saya guna perahan oren
1/3 cwn gula

For the glaze: * saya tak buat
1 cwn gula
2 sudu besar lemon perah
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
2. Ayakkan bersama tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
3. Dalam mangkuk yang lain satukan yogurt, 1 cwn gula, telur, parutan orange dan vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
4. Perlahan-lahan masukkan bahan kering ke dalam adunan basah tadi. * yang ni saya tukar cara. Saya masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau sehingga bahan-bahan sebati.
5. Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan2 minyak ke dalam adunan tadi. Pastikan semuanya sebati. 
6. Bakar adunan selama 50 minit.
7. Sementara itu, masak 1/3 jus orange bersama 1/3 cwn gula sehingga gula hancur. Ketepikan.
8. Apabila kek sudah masak, biarkan kek selama 10 minit dulu. Kemudian perlahan-lahan letakkan kek di atas baking rak. 
9. Sementara kek suam, tuang adunan orange dan gula tadi ke atas kek dan biar ianya meresap ke dalam kek. Sejukkan dan kek sedia dihidang.
Selamat mencuba ^_^


13 comments:

Norhasniza Khalid said...

wow!!.. sedapp tu

tiey smilez said...

Simple and tasty!
Pandai betul Cik Dila masak ni eak.hehe. Nak try buat la sebab nampak senang. Harap menjadi.huhu

Akeyla Azmi said...

ya allah ya ampun sedap banget T_T

aien hermionie said...

salam.. awak.. boleh tak awak contact sy di fb.. aien hermionie.. sy ada sometings nak tanya.. tapi sy tak tau nak contact awak cam mana..
atau email.. aien.hermionie@gmail.com

Nurul said...

Slmt pg, Dilla... singgah pg kat sini nampak lak kek oren... memang menggoda k nrl... dah lah mlm td plan nak buat kek, x jadi sbb tertido... huhu... sedapppnyaa ... :)

Ayu Zan said...

bestnyyyaaa... nampak sedap sgt dila

Bbwana adienia said...

salam kenal dr SRC..

saya singgah sini dan follow..sudi la singgah dan follow blog saya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com..suka dengan perkongsian pelbagai resepi.apapun, kek oren tu nampak moist..^_^

Normi Nieza said...

sdap tu..:)

Hafiza AizZawa said...

mcm2 resipi fiza dpt naca kat sini.. mmg teringin sgt nk buat.. tp tak buat2 jugak.. hehe

ika zulkefli said...

wah mcm best je..:)

Abak Lorong Cinta said...

Wahhhhh!! sedapnya.. nak jugak

AhkakGojes said...

nyum..nyum..terasa nak buat mkek oren dan makan panas2...

Cik Puan said...

mau try ne..sedap bahh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain