Followers Tersayang

Soto Ayam Senang

Assalamualaikum.
Petang-petang macam ni rasa lapar pula, teringin nak makan soto ayam. Di kampung saya ni ada beberapa restoran berhampiran, kalau beli soto ayam harganya dalam rm 4 ringgit lebih gitu. Soto ni makanan fevret saya, jadi rasanya tak cukup kalau semangkuk ja hehe. Tengok dalam peti sejuk kebetulan ada setengah ekor ayam, daripada beli baik buat soto sendiri lagi kenyang..satu family boleh makan. Cari resepi kat google ja, saya guna resepi dari Azie Kitchen.. Tak pernah pun letak santan dalam sup sebelum ni, kali ni saya letak, memang sedap. Jom tengok resepi..
RESEPI :  SOTO AYAM
SUMBER : AZIE KITCHEN
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4 - saya guna setengah ekor ayam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih   
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah                    
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Bahan lain, terpulang pada citarasa masing-masing, saya guna :
Mee hoon dicelur
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Limau
Cara-cara :
  1. Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  2. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  3. Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
  4. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Ringkas saja resepi soto ayam ni kan, masak pun tak lama.. Nak sambung makan soto lagi ni hehe.. Selamat mencuba.. ^_^
p/s : malam nanti saya blogwalking kat blog korang ya ^^.

15 comments:

Ayue Idris said...

lapa la ujan2 cenggini..sedap je nmpk sume bnd..huhu

Affy Afiqah said...

nampak sedap!!

Zara Nurhaidah said...

santan ? xpena wat pla.. nnti try.. ^^

Mazni Munawar said...

dah lama tak makan soto. tengah2 musim hujan ni makan soto memang terbaik lah C: rajin akak memasak. boleh jadi isteri yang baik nanti. hehehe

Al Kisah said...

pergh petang cengini.. kalau dapat soto.. memang terbaik la

Nao Mei said...

Alhamdulillah nampak sedap lak kan....
insyaAllah cik akak nak cuba t..hihi

syuk shusuke said...

masak petang2 ni sedapp :d

Ezy Loy said...

sdapnyeeee..
perot ni terasa lapar plak..
hihi

Norhasniza Khalid said...

sedapnya.... boleh pinjam resepi ni

FaRa said...

mcm sedap... lapo pula fara tgk soto aym awk... :)

Invisible Me said...

Hmmm. Lapar balikkkkk.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedap tu dila.. terliur akak tengok..

Sally Samsaiman said...

nak buat soto malas, selalu buat bihun sup je...senang :P

mirza syazwina said...

sodapnyooo...hehee..teliurnya tengok :)

Hafiza AizZawa said...

sedap2.. Fiza pun belajar buat soto dr mak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain