Followers Tersayang

Mee Goreng Sosej

Assalamualaikum.
Selamat pagi.. korang dah sarapan, menu apa? eh banyak tanya pula hehe. Pagi ni teringin pula nak makan mee goreng ayam, tapi ayam tak ada pula, tak apalah ganti dengan sosej pun jadi lah. Senang saja nak masak, letak apa saja bahan yang korang suka.
Simple ja, nak resepi? jom semak resepi..
RESEPI : MEE GORENG SOSEJ
Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - celur sekejap
1 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih -di tumbuk
3 batang sosej - potong
Sos tomato
Sos cili
Kicap pekat
Kicap manis
Sayur taugeh
Sayur sawi
Bahan perasa
Serbuk lada hitam
Minyak
Sedikit air
Cara-cara
Tumiskan bawang merah dan putih, masukkan sosej. Gaul sekejap dan masukkan kicap pekat. Tuangkan sedikit air dan tambahkan sos tomato, sos cili, kicap manis, serbuk lada hitam dan bahan perasa. Kemudian masukkan mee kuning yang telah dicelur, gaulkan. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan taugeh, kacau sekejap kemudian hidangkan.
Selamat mencuba ^_^
p/s : petang nanti saya blogwalking kat rumah korang eh, sebab nak buat kek durian dulu. ^_^

9 comments:

Norhasniza Khalid said...

terima kasih atas resepi, mama memang kureng bab masak memasak, kalau nak masak mesti follow resepi dari google.. hihi

Nies alhaQ said...

Dapnyerrrrr. Baru smlm pekena mi goreng. Heeeee. Pagi ni dah makan toseiii, jemputttttt!

Sally Samsaiman said...

ingat nak goreng bihun...tapi malas...hahaha...suh abang makan cekodok je :P

KakNi Sihat Cantik said...

rajin nyer dia nak buat kek durian pulak... hari ni saya masak menu malas jer... buat kuah soto guna pes dan celur mihun, jadilah soto mihun.... heheheh

Gee Lion said...

thanks for the recipe cik dila.. ^^

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya tengok mee goreng tu.. boleh cuba buat nanti..

mirza syazwina said...

memang suka mee jenis cam ni..dapnya!

Affy Afiqah said...

sedap3!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain