Followers Tersayang

Bun kastard

Assalamualaikum.
Dah lama nak buat bun kastard ni, tapi asyik tertangguh ja.. Selalu beli kat kedai bakery Rm 1.50 makan pun tak kenyang. Akhirnya dapat juga buat bun kastard sendiri, memang kenyang sebab boleh buat banyak, makan pun suka hati nak banyak-banyak pun tak apa. Resepi saya cari kat google ja, alhamdulilah menjadi..memang lembut bun ni walaupun sehari di simpan dalam bekas bertutup. Okey jom semak resepi..
RESEPI : BUN KASTARD

Bahan-bahan:
Sponge dough:
11/2 cawan susu segar
21/4 sudu kecil yis
1/4 cawan minyak
1/4 cawan gula
1/8 camca teh bread improver
Cara-cara :
  1. Semua bahan di atas kecuali yis dipanaskan atas dapur hingga suam2 kuku. Kemudian angkat dan masukkan yis. Biar hingga yis membiak.
  2. Dalam bekas lain, satukan 3 cawan tepung roti dan secubit garam. Pukul sedikit 1 biji telur.  Buat well di tengah2 tepung, masukkan telur disusu;i spongue dough. 
  3. Kacau dulu sebati sebelum digaul bersama tepung. Uli hingga lembut. Doh ini sangat melekit dan memang melekat kat tangan.  Jadi, apa yang saya buat adalah ulu pakai sudip nasi.  Kaup balikkan hingga tak melekat pada bekas. Dalam 30 minit.  
  4. Kemudian tutup bekas dengan kain lembab biar naik 2x. Bila dah naik, pukul doh untuk keluarkan angin. Bentukkan doh bulat2. Masa nak bentuk boleh letak minyak sikit pada tapak tangan sebab doh agak lembik.  Bila letak dalam tray pun bentuk tidak sebulat sekata mana. Teruskan saja. Kemudian biar doh pada suhu bilik hingga naik lagi 2 kali.

Kastard filling :
1 cawan susu segar
4 sudu besar susu manis
2 sudu besar gula
3 sudu besar kastard
Cara-cara :
Panaskan semua bahan atas api perlahan hingga menjadi pekat. Tapi jangan berketul sebab filling ni akan jadi lagi keras bila dah sejuk. Nanti masukkan dalam plastik dan sejukkan untuk piping atas roti.
Bila roti sudah naik, sapu permukaan dengan egg wash (bancuhan telur, air, vanilla dan garam). Pipe kan kastard filling tadi ikut citarasa. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit.
Selamat mencuba ^_^.

18 comments:

Mazni Munawar said...

Saya suka bun kastard ni. Pandainye akak buat TAT

Cik Yaya said...

wah...melilih air liur tgk bun ni...macam sodap jo..hehe..bila la Yaya nak cuba buat nih..

NinaAz said...

nampak pic yg dah siap doh sblm bakar tuuu mcm senang jea nak buatt. hehe. tp kalo try buat mesti xsesenang tu. hikhik
nina suka sgt roti kastard cm ni. kalo singgah kdai mesti beli.

Affy Afiqah said...

comelnya laa haiii bun dila buat nie.....

ikea n taylors untuk dila...

mirza syazwina said...

macam beli kat kedai je..memenag minat sanagt ngan roti ni ^_^

are'na said...

sedapnya..nak try la..thanks sbb share resepi ni..^^

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya.. dila dah boleh buka kedai kek dan roti lepas ni.. memang berbakat ni.. atau boleh buka kelas mengajar orang memasak kek dan roti..

Akeyla Azmi said...

wow. custard dia tu yg sedap gila tu aaaa T_T

Ayu Zan said...

kenapa dila terer sangat ni.rajin lak tu

mama_saly said...

wah bestny bun kastard..mmg mnjdi..rasany mcm nk try je nnti..

tq dila...slm kenal^_^
follow sini 1156

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Naniey Jemiey said...

dila mmg ambik kursus buat roti eh?? semua nampak menjadi..macam dah pro buat roti..akeke

sinuha said...

Sedapnye... selalu beli benda ni dekat giant je...

Hafiza AizZawa said...

kagumnye.. roti mcm nie buat sendiri mmg puas hati lar.. jimat perbelanjaan..

ctfand said...

bole try nanti ni..nampak sedap! :)

Nur Kamsinah said...

sedapnyeee.. nak sikit :)

Cikgu Norazimah said...

sedapnyer ! mcm best jer..nk try buat tu yang lemau..hehe

Cik Puan said...

tengok gambar jak pun nampak sedap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain