Followers Tersayang

Muffin Pisang Mudah

Assalamualaikum.
Selalu kalau ada pisang kat rumah mesti buat kek atau pisang goreng, kali ni nak try buat muffin pula. Rupanya tak susah nak buat muffin ni kalau nak dibandingkan dengan buat kek. Kerja senang masak pun cepat. Jom semak resepi..
RESEPI : MUFFIN PISANG MUDAH
SUMBER : TIFFIN BIRU 
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum*

1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
1 camca teh soda bicarbionate (mat letak 3/4 camca teh)*(*disatukan dan diayak)
3 biji pisang emas, dilecek halus
1 camca besar mayonnaise - saya tak letak
1 biji telur gred B
Beberapa titik esen pisang
1/3 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 3/4 cawan gula halus)
1/3 cawan mentega cair (mat guna minyak canola)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak canola, esen pisang. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda (*), tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..


Selamat mencuba ^_^.

17 comments:

Zara Nurhaidah said...

waaahhhhh.. lapoq den..

nana kimie said...

nana suka kek pisang!wah,lama tak makan,boleh cuba ni nati resepi muffin pisang pulak,heeeee..

Hafiza AizZawa said...

teringat muffin kenny rogers... sure sedap nie.. harap2 fiza boleh try sgt resipi2 dlm blog dila nie...

Sura Mohd said...

petang2 ni dapat muffin pisang ni memang best!!!

Cik Puan said...

Nampak sedap..tak penah cik makan ne..

Ayue Idris said...

omai2..suke sgt pisang..hehe..mcm best je resepi ni..tq share!

Nao Mei said...

nampak menarik je nieh..hihi...
cik akak paling suka buat kek :)

adrianna syaz said...

Sedapnya dilla..muffin pisang ni..lam x mkn..nnti ad masa leh cuba..

syuk shusuke said...

blog resepi ni. hehe. akan dikaji.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

nampak sedap muffin tu dila.. rajin dila buat.. :D

Akeyla Azmi said...

TT_TT
kenapa kak dilaaaaaaaaa niiiiiii
buat muffin pisang pulak hem.
sampai hatiiiiii nak gakkkk
hehehehe

Akeyla Azmi said...

thanks tau kak dila!!
sgt best ah semua resepi kak dila heheheh
qila mmg fav forever huhuh

Azlan Strider said...

Salam, saya azlan merupakan salah seorang sponsor dari Simple Giveaway by licha. boleh dapatkan email untuk sy attach bukti pembayaran kepada account awk.thanks..

Regards,
Strider-

Azlan Strider said...

saya kalau tengok recipe rasa mcam senang jer nak buat tapi bila balik rumah nak try, mesti tak jadi..hehehe

Regards,
-Strider-

Tasneem said...

nyum nyumm! ^^

Affy Afiqah said...

wahhh mudah juga ni, boleh try :) TQ dila~~

Cik Puan said...

sedapp...sedappp.....cikpenah makan ne..tapi yg beli punya..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain