Followers Tersayang

Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang, mesti ramai yang dah mula bercuti sempena tahun baru cina kan. Bulan ni tak ada idea sangat nak tulis blog.. tu yang jarang update blog. Idea yang ada cuma kongsi resepi, join GA tak apa lah janji blog tak kosong begitu saja. Okey berbalik pada tajuk entry hari ni saya nak kongsi resepi nasi goreng sardin, resepi ni saya dapat dari google. Jom semak resepi.
RESEPI : NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan :
2 mangkuk nasi sejuk
1 tin kecil sardin
Sayur sawi
Sayur campur
2 biji cili padi - ikut suka nak pedas boleh lebih
1 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
sos ikan 
Serbuk lada sulah
minyak
Cara-cara :
Asingkan sardin dengan kuahnya, kemudian hancurkan isi ikan. Panaskan minyak tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan sayur campur dan perasakan dengan sos ikan dan lada sulah. Masukkan isi ikan sardin, cili padi dan sayur sawi, gaul sekejap dan masukkan nasi. Gaul sehingga masak, enak dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba ^_^.

7 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum. . Aik ?? Nasi goreng sardine ?? Seriuss.. xpena zara tpkir msk nasi ngan sardine.. nnti zara nk try laa ! ^^ hoho

Farah Waheda Wahid said...

thanks for sharing...nasi goreng sardin tak pernah dengar lagi...makan nasi goreng dengan sambal sardin pernah... boleh cuba ni...

Cik Itah said...

salam. wahhh..sedap ni yunkk ^_^

Story Nadya said...

xpena dgr hehe thanks sharing^^

Aqilah Azmi said...

kak dilaaaaaaaa
aaaaa
this is my favvvv forever
hikhikhik <3
nak suruh umi buat lepas ni.
dah bertahun dah takmakan hehe

Cik Puan said...

cik suka makan nasi goreng sardin ne...sebab sardin tu pebret cik dari kecik..

ayuzan said...

nak try la.hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain