Followers Tersayang

Rindu zaman sekolah rendah..

Assalamualaikum.
Hari ni bermulanya sesi persekolahan untuk pelajar sekolah. Pasti ramai kalangan ibu bapa yang sibuk menguruskan anak-anak  ke sekolah, nak masak, hantar anak ke sekolah dan sebagainya. Saya yang dah tak sekolah lagi ni pun ikut sibuk sama.. Mana tak nya adik bongsu saya baru nak potong rambut dan potong seluar sekolah, itulah siapa suruh tak buat awal-awal.. terpaksa lah kakak sulung dia yang tolong buat. kemain cerewet lagi masa nak gunting rambut tadi 2 jam baru siap, lepas tu tolong potong seluar sekolah dia lagi. Nasib baik semuanya siap walaupun kawan adik terpaksa tunggu lama sikit tadi.
Gambar ni saya ambil dari FB, ni lah akibatnya suka main-main kerusi.. kesian pula budak tu. Terpaksa cikgu tu potong kerusi tu. Teringat pula zaman sekolah rendah dulu, suka jengket-jengket kerusi. Ada kawan sekelas tu jatuh akibat suka jengket kerusi, dia dengan kerusi serta meja tu jatuh sekali hehe..yang lucunya lepas jatuh dia boleh ketawa pula. Macam-macam kan. Pasti korang pun ada kenangan macam ni kan  ^_^.
P/s : rindunya zaman sekolah..

18 comments:

MG schmidt said...

cannot brain la
mcm mne adik ni lekat kat kepala dia ni?
aish..memacam la dik oii..t besa pjg umor sure malu ni

hehe :P

Al Kisah said...

haishh.. macam macam budak zaman sekarang, so far kat alkisah ada 3 kes budak sangkut kat kerusi harini..

Ija Rased said...

alahai adik..hati hati yer

Norhasniza Khalid said...

hihi.. macam-macam kan..

Affy Afiqah said...

ika pun rinduuuuuu sangat zzaman sekolah....

mirza syazwina said...

ganas je main..hehee..bila besar ingat balik mesti tegelak sorang-sorang..zaman sekolah memang seronok :)

Naniey Jemiey said...

ramai yang post pasal gambar ni kat FB.. kelakar kalau tgk btkl2..alahai adik2..

Aku Penghibur said...

betul tu rindu sangat zaman sekolah ^_^

Teena Tna said...

Teringat dulu masa darjah 5 ada kawan saya terBerak dalam seluar. Omg! Dah darjah 5 kot, laki pulak tu. Haha

Sally Samsaiman said...

hehehe...comel je budak-budak...so, hal adik settle la..??

hihihi...sally x ingat sgt zaman skola rendah :D

Cik Puan said...

hyhahhahaaa....lucu..telampau hyper betul adik2 ne kan dila..

Akeyla Azmi said...

ahaha lawak betul tersepit pulak dah ahahah. Hehe
qila rindu sikit je dgn sekolah hahah :D

syuk shusuke said...

ada yang sampai ke badan tersangkutnya kerusi. haha. kelakar diorg ni

aswadz said...

biasa la. bdk2, sker explore.

adrianna syaz said...

Nak sekolah balik..malasnya nak keje..huhu..dulu sya suka lari sekolah.haha..klik2 tuk dila :)

Invisible Me said...

Betul ke kes tersepit tu? Banyak juga gambar yg nampak..

Hafiza AizZawa said...

tahun nie mcm2 perangai dak2 darjah 1.. lucu pun ader.. kesian pun ader..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

masa akak darjah 2 dulu pernah seorang kawan akak sengaja jatuhkan kerusi dia dan terkena kerusi akak.. jadi akak pun jatuh juga.. cikgu yang mengajar masa tu terus datang dan denda akak dengan kawan akak.. malang betul nasib masa tu.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain