Assalamualaikum.
Kali ni saya nak share resepi ayam panggang yang sangat senang dan sedap.Resepi ni saya ambil dari SINI.Jom start masak..
RESEPI : AYAM PANGGANG
SUMBER : HAIRUL
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar madu
2 sudu teh garam
50 gm butter
2 sudu besar lada hitam
Kentang - di dadu (saya tambah)
Serai -di titik (saya tambah)
Cara-cara:
Kisarkan bawang putih dan bawang besar.Satukan semua bahan-bahan kecuali butter dan lumurkan dengan rata pada ayam.Perap selama 1-2 jam.Sapu butter dipermukaan dalam dan luar kulit ayam.Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.Air perapan ayam di sapu semasa membakar ayam.Taburkan lada hitam.(cara saya- sentiasa balik-balikkan ayam pada selang 10 minit masa proses mambakar dan sapukan madu pada 10 minit terakhir.)
Sedap di hidangkan bersama sambal lada dan kicap.
Selamat mencuba ^_^
7 comments:
wahhh..menyelerakan tgk...^^
menyelerakan sungguh,kenyang pun jadi lapar :)
sedapnya.. rajin dila buat..
wah.. sedapnya.. special makan di hari raya..
nampok cam simple jer..
tp tetap nk beli..
hehe..
mlas nk buat :p
raya ni makan sy banyak sangat kot sampai gusi pun dah start rasa sakit
tu dia...ayam panggang time raya la ni ea..
Post a Comment