Masih ramai yang mengabaikan aspek penjagaan kuku, sebenarnya penjagaan kuku ni penting. Kuku yang kotor sudah pasti menjejaskan imej seseorang, kalau kerja bahagian pengendali makanan sudah pasti akan didenda. Sekarang banyak salon-salon kecantikan yang menawarkan khidmat perawatan moden untuk cantikkan kuku cuma perlu sediakan duit ja. Sebenarnya kat rumah pun kita boleh cantikkan kuku dengan bahan-bahan semulajadi.
Bawang putih
Bawang putih dapat membantu menguatkan dan mengilatkan kuku. Caranya tumbuk beberapa ulas bawang putih kemudian gosokkan ke kuku anda.
Limau
Untuk kuku yang kuning campurkan perahan jus limau dengan ubat gigi kemudian sapukan ke kuku, biarkan kering kemudian basuh dengan air suam.
Belimbing buluh
Belimbing buluh dapat membantu membersihkan kotoran pada kuku dengan cara mengosok potongan belimbing ke seluruh kuku selepas itu bersihkan dengan air.
Lidah buaya
Untuk mendapatkan kuku yang cantik sapukan lendir lidah buaya pada kuku, lakukan secara kerap untuk dapatkan kuku yang cantik.
Selain petua di atas, minumlah air putih yang banyak bagi memastikan kulit dan kuku kita tak kering. Susu juga membantu menguatkan kuku agar tidak mudah rapuh dan banyakkan memakan kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti brokoli, strawberi, epal merah, bayam dan sebagainya.
Moga tips di atas bermanfaat dan sama-samalah kita menjaga kuku agar sentiasa cantik dan bersih kerana penyakit bermula dari tangan dan kuku.
12 comments:
omg cmane kak dila tahu kuku qila hodoh T_T
hehehehe
thanks kak dila,
<33
Hal-gal gegel nie x mau masuk campur :P
masa duk kg dulu2 selalu jugak amalkan petua2 neh..tapi skg dah kurang dah...malas..hehe
wahhh yang ini lebih bagus dari guna barang-barang yang mengandungi kimia
thanks for the tip :)
thanks for the tip :)
pasni sebelum masak boleh la gune bawang putih gosok kat kuku.. >_<
sangat bermanfaat semua tips untuk mendapatkan kuku yang cantik ini dila.. jimat sebab guna bahan-bahan yang semulajadi sahaja..
sangat bermanfaat semua tips untuk mendapatkan kuku yang cantik ini dila.. jimat sebab guna bahan-bahan yang semulajadi sahaja..
wah. nanti rajin nak try la.
lepas ni tasneem nak kutip limau nipis banyak banyak. haha gosok gosok dekat kuku dengan harapan kuku putih berseri bak mutiara! ^^
mudah je barangnya, senang nak dapatkan, thanks for the tips dila :)
Post a Comment