Followers Tersayang

Bubur bilis mudah

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua, korang buat apa di hujung minggu ni? Sudah sarapan, mestilah dah kan.. dekat nak tengah hari. Pagi ni sarapan bubur, saja tukar menu.. Bubur merupakan makanan kegemaran saya tak kisahlah bubur ayam, bubur lambuk, bubur kacang hijau ka, macam-macam jenis bubur ni kan. Senang ja nak masak bubur ni pasti korang pun pandai kan. Kali ni nak share resepi bubur bilis cara saya..
RESEPI : BUBUR BILIS MUDAH
Bahan-bahan :
Beras
Ikan bilis 
kiub pati ikan bilis
sayur campur
garam
Air secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan di tumbuk
Bawang putih
Bawang merah
Halia 
Cara-cara:
  1. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk, tambahkan air secukupnya..masak seperti biasa. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar dan bilis sehingga agak garing sedikit. Tutup api kemudian tuangkan bahan yang telah ditumis bersama minyaknya sekali ke dalam bubur tadi. 
  3. Masukkan sayur campur dan bahan perasa. Bila dah masak tutup api dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba ^_^.

16 comments:

Puan Ezy said...

sdapnye buburrrr..

Afiqah Adzan said...

Lama dah rasanya tak makan bubur ..

Aku Penghibur said...

aduhh sedapnya makan kalau lagi panas2.. nyum nyum

Akeyla Azmi said...

ya allah bubur bilis pulak dah kak dila ni T_T

Akeyla Azmi said...

nakkkkkkk :(

Lieya Von Jay said...

mmmmmmm... sedap nya bubur :)

Roha said...

dila,wat breakfast pagi pon sedapkan bubur ni 。◕‿◕。

Liza Licha said...

suka makan bubur macD. hehe.. sedap sgt. kalau nak diet pun licha salu mkn bubur je

Kathy R'bain said...

sedap sangat ni..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya.. untung dila pandai memasak, kalau dah kahwin bertuah cik abang.. :D

Nabiha Zaidi said...

Oh, panggil bubur bilis la ye? Baru tau.

Cik Puan said...

sedap ne....wewwwwww....

Affy Afiqah said...

favourite...kalau time malas nak masak2 lauk kat campus, time busy yang amat...ika rajin buat bubur...cepat dan mengenyangkan juga :)

syuk shusuke said...

blog resepi ni wajib diterjah . hehe

adrianna syaz said...

Oooh..my feveret ni.. :)

Invisible Me said...

Macam sedap ni. IM makan bubur bilis dgn ayam ja. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain