Followers Tersayang

Kek span vanilla mudah dan sedap

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, kali ni nak share resepi kek span memandangkan keyword kek span ni agak popular di blog ni. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada yang cari resepi ni, terima kasih sudi ke blog ni. Kek span ni memang sedap dengan tekstur kek yang agak kering berbanding kek lain.. Resepi saya ambil dari blog Masam Manis yang merupakan salah satu blog masakan popular yang selalu saya jenguk, sangat teruja tengok hasil seni masakan kak Azlita. Okey jom tengok resepi.
RESEPI : KEK SPAN VANILLA
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm susu tepung
70 gm butter dicairkan
Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang 8 inci. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
  3. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
  4. Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
  5. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
  7. Keluarkan kek segera setelah masak. Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk.

Dah siap boleh lah hiaskan dengan buttercream atau apa saja mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba ^_^
>> Untuk resepi kek span coklat klik SINI

11 comments:

Akeyla Azmi said...

omg kak dila i love vanilla cake TT_TT <3333

Akeyla Azmi said...

thanks kak dila hihihihihi nyumyy dapnyee nakkkkk heheh

mirza syazwina said...

nampak lembut je :D

Naniey Jemiey said...

rajin nye dila berbakery..

Nurul said...

Salam kenal, Dilla...

Saya suka juga kek span sbb tekstur dia ringan... x sedar kalau makan ni... ^__^

Cik Puan said...

ehemm...ehemmmm sedap nyaaaa...

Norhasniza Khalid said...

alamak, resepi simple.. macam nak buat je...

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya kek.. :D

Affy Afiqah said...

sukaaaa ni :)

mun said...

Salam.. kak..mohon copy resepi..tq:).....

Liyliz said...

part nk asingkan telur ni la yg rs mcm liat sikit nk bt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain