Followers Tersayang

Mengumpat

Assalamualaikum.
Mengumpat, dan di umpat.. Pasti sakit hati bila kita jadi bahan umpatan kan. Kerja mengumpat ni memang tabiat tak baik kerana akan menimbulkan perselisihan faham, dan pergaduhan.. Selalunya kaum perempuan lah yang dikatakan suka mengumpat, betul ka? Kalau lelaki pula macam mana.. Teringat pula kejadian semasa saya ke Watson hari tu, masa nak bayar barang di kaunter.
Penjaga kaunter merupakan dua orang lelaki, tapi yang seorang pula sibuk menulis menyebabkan pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membayar. Di depan saya seorang kakak rasanya dalam lingkungan 30 an, tiba giliran kakak tu membayar. Jumlah barang kakak tu ada baki 5 sen, kakak tu cakap " baki 5 sen tu biar sajalah saya sedekah saja" kemudian lepas bayar dan ambil barang kakak tu berlalu pergi. Terus saja kedua lelaki tu mengumpat kakak tu " Hissh! macamlah kita ni tiada duit 5 sen..sedekah konon " yang lelaki sibuk menulis tu pun sambung " Itulah mahu juga cakap macam tu,  tidak payah lah bah cakap perkataan sedekah tu " wah kemain lagi mengumpat, kalau kakak tu dengar tak tahu apa jadi. Saya hanya tersenyum saja melihat gelagat kedua penjaga kaunter tu, mulut asyik pot-pet pot-pet tangan pula sibuk mengira dan menulis. Pelanggan yang lain pun mula rasa tak selesa dengar dua lelaki tu bercakap tak henti-henti. Takut nanti kerana sikap mereka yang suka mengumpat tu pelanggan akan berkurang dan pasti akan kehilangan kerja. Kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dapat dari google.

google
Mudah-mudahan kita terhindar dari sikap suka mengumpat ni.. takut nanti mulut jadi macam tu hihi..

9 comments:

Affy Afiqah said...

setuju sangat2 dengan dila..not to be judgemental..tp kebanyakan lelaki yg mengumpat ni sifatnya lembut (lelaki lembut mksud ika)..mulut mngalahkan perempuan..tp ada je yg biasa2 pun suka mngumpat...kesian kat akk tu kan..tp xpe..dy dapat pahala :)

semoga dapat kita semua jadikan pengajaran..

Mime MF said...

selalu dgr perempuan kuat menumpat..laki² pun ada jugak eh suka mengumpat..huhu

Naniey Jemiey said...

kekadang orang yang suka mengumpat nie dalam diri dia ada sifat orang lain semua salah..dia je yang betul..kehkeh...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

bahaya tu.. semoga kita semua terhindar dari sifat itu dila..

Dwi Alfina said...

setuju sama dila :)

ijin follow blog yaa, biar makin akrab

fatin wawa said...

kalau ye pun janganlah ckp dpn customer kan.. memberi imej yg x elok..

adrianna syaz said...

Mudah mudahan kita x cmtu la..tak baik kut duk mengumpat2 org ni kn..cba pikir klu kita yg diumpat..cmna plak kn:)

need said...

xde adab btul..

IbuNoey said...

boleh pulak cakap macam tu..erm,kadang-kadang lelaki ni kalau mengumpat lagi teruk drpd org pmpuan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain