Followers Tersayang

DIY mangkuk kertas/kain

Assalamualaikum.
Tengah google-google ternampak pula kat blog orang putih ni buat mangkuk kertas, memang kreatif. Teringin pula nak cuba buat, tapi kertas cantik tak ada kalau surat khabar tu banyaklah. Teringat pula kain perca yang banyak kat rumah, timbul idea nak cuba gantikan kertas dengan kain perca. Alhamdulilah menjadi juga walaupun tak secantik yang orang putih buat.
Cantikkan? Ni gambar google.. Okey jom mulakan..
Bahan-bahan yang diperlukan, kain perca/ kertas, plsatik pembalut makanan, gam tepung, mangkuk.
Cara nak buat gam tepung : Campurkan ½ cawan tepung dan 2 cawan air sejuk dalam mangkuk. Didihkan 2 cawan air dalam kuali dan tambah tepung dan campuran air sejuk. Masak hingga mendidih sekali lagi. Keluarkan dari kuali dan tambah 3 sudu besar gula. Biarkan sejuk dan gam akan menjadi pekat bila dah sejuk.
Balutkan mangkuk dengan plastik, mangkuk tu sebagai acuan, kalau nak guna gelas ke bentuk lain pun boleh. Kemudian, bolehlah mulakan proses menampal perca kain/kertas dengan menggunakan gam..
 Buat sehingga habis, lepas tu biarkan sehingga gam kering. Bila kering perca kain / kertas akan jadi keras. 
Dah siap pun..rasanya kalau guna kertas lagi cantik. Selamat berDIY ^_^


14 comments:

adrianna syaz said...

Rajinnya dilla diy ni...cantik2 ^_^

NinaAz said...

cantiklaa. gigih betul diy benda alah yg kecik2 molek nih. hehe

Akeyla Azmi said...

Huhuhuhu semua DIY kak dila sangat best!!! Nnt qila nak buat1!!! :D

Mar Mansor said...

terang benderang kaler pink..sgt kretif & cantik hasilnye

Lieya Von Jay said...

wahhhh.. serius comel

Cik Puan said...

homakkkkk....cantik..Kreatif nya dila...tak penah lagi cik nampak mangkuk mcm ne...

Cik JariManis said...

wah...mcm nak cuba jugaa nii...hehe =3

Nabiha Zaidi said...

Wahhh, comel. Boleh try ni ^^

Nabiha Zaidi said...

Wahhh, comel. Boleh try ni ^^

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. kreatifnya.. comel je hasilnya.. :D

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

Affy Afiqah said...

cantik sangat...dulu buat ni masa zaman2 tadika..ahahah..cikgu ajar buat....

Ayu Zan said...

ni ayu rasa nak buat tu. tepung gandum ke dila?

Liyliz said...

nk gunting tu yg liat sikit, lps tu nk tmpal 1 pe 1 .. aigooo .. rajin2 ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain