Followers Tersayang

Cadar tilam mahal

Assalamualaikum.
Minggu lalu ada seorang penjual berbangsa Pakistan ( panggil pakcik pakis jelah) yang fasih bahasa melayu datang ke rumah, nak berniaga lah katakan. Pakcik pakis ni dah biasa ulang-alik ke kampung jual barang dan kutip hutang. Mama pernah juga hutang barang kat pakcik ni dulu tapi dah habis bayar dah. Dah lama tak muncul tetiba hari tu datang, konon nak jual cadar untuk habiskan stok.. Oleh kerana mama saya pernah beli barang kat dia, dia bagi diskaun untuk harga cadar tu..dan boleh bayar ansuran, tiap bulan boleh bayar berapa saja yang mampu.
Harga sebenar rm 90.00 dia jual kat mama rm 70.00. Biar betul tapi apa pasal mahal sangat sedangkan kualiti cadar ni biasa saja. Kelmarin mama ke pekan dengan adik, ternampak pula cadar sebiji dengan yang pakcik pakis punya.. Harganya uissh jauh lebih murah rm 25.00 sahaja. Pandai betul pakcik pakis tu cari keuntungan kan. Patutlah dulu pakai basikal saja, sekarang dah berkereta.. Pandai cakap bahasa orang sini pula tu. Hmm..apa pendapat korang tentang ramai warga asing berniaga di negara kita? ^_^


11 comments:

norhasnizakhalid said...

mama memang tak berani membei dengan mereka sebab nanti ada je kawan-kawan dorang datang rumah kita... boring je... hihih

pendapat mama kan, kurang-kurang pendatang asing ni, beranak pinak dah mereka kat sini, kita yang lemas di tanah air kita sendiri...

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

ezy.fia said...

cepat kayo la pacik pakis 2 haa..
kaut untung lebih.. huhu

Aqilah Azmi said...

No komen kak dila. Ramai sangat. Jd kaya raya gila pulak tu dkt sini. Hmmm

Anonymous said...

biasa la sis..mula2 jalan kaki,pas tu berbasikal,then bermoto next,kereta..hehehehe..

Cik Puan said...

biasa lah 2 dila...2lah cik pon malas mau beli tempat dorang ne...jual mahal sangat...

Farra said...

gile jauh beza harga kt kedai..xpnh beli kt pakis2 ni..tp salu dgr jiran kata mhl2 brg dorg jual...ambl ksempatan btl..

Mizz Aiza said...

dulu kat kampung akka selalu ada bangla datang jual karpet.. pernah la juga mak akak beli..
banyak tu dia untung.. lain kali tak payah beli dengan dia lagi dila.. untuk cadar tu bayar je rm25.00..

Mirza Rohizat said...

banyaknya beza tu..kalau kat sini jual kain,karpet semua orang asing..

Affy Afiqah said...

ika memang takdenye nak percaya org yg dtg jual2 camtu...

Kiera Rashid said...

Sebab tue kalau adaa pak pokis niey mai rumah nak jual barang even barang2 islamic , ayah saya taknak beli . Sebab dahh paham sangat perangai pak pokis nieyh . ngehngeh2 :3

Invisible Me said...

Banyaknya dia kaut untung. Kebanyakan yg warga asing yg datang rumah ke rumah selalu ambil untung lebih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain